suria

Lelaki Maut, Kereta Terbabas Selepas Terowong Menora

IPOH: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terbabas di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara selepas Terowong Menora, di sini pada Ahad.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Muhammad Shaznil Abd Thoher berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 2.54 petang tadi.

Katanya mangsa berumur 50-an dan memandu kereta Proton Iriz disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan, manakala isterinya selamat.

"Identiti mangsa belum dikenal pasti dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain dan operasi menyelamat mangsa yang terperangkap dalam kereta itu dijalankan oleh Balai Bomba Kuala Kangsar dan Balai Bomba Meru Raya.

Terowong Menora

Artikel Berikut

Artikel Lain