suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

72 Pelajar SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin Keracunan Makanan

Gambar Hiasan

GEORGE TOWN: Seramai 72 pelajar Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, dekat sini mengalami cirit-birit dan muntah dipercayai keracunan makanan selepas makan di dewan makan asrama sekolah itu Selasa malam.

Kesemua pelajar terdiri daripada 41 pelajar lelaki dan 31 perempuan itu dikatakan menikmati hidangan pagi, tengah hari dan petang di dewan makan asrama sebelum mengalami cirit-birit, muntah, loya dan pening pada pukul 9 malam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr M.Sukumar berkata dua pelajar perempuan dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan manakala yang lain dirawat sebagai pesakit luar.

"Kami akan mengambil beberapa sampel makanan di dapur dewan makan asrama berkenaan bagi siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.-- Bernama


Artikel Lain