"Saya Menurut Perintah" - Sakib - Semasa | mStar

"Saya Menurut Perintah" - Sakib

KUALA LUMPUR: Selepas hanya enam bulan menduduki kerusi Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Sakib Kusmi akur apabila ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Jawatan Sakib itu akan disandang Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mustafar Ali pada tarikh sama.

Pengumuman mengenainya dibuat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa menerusi kenyataan pada Jumaat.

Sakib ketika dihubungi mStar Online berkata, sebagai penjawat awam, pertukaran tempat bertugas adalah perkara biasa.

"Saya yang menurut perintah, sebagai penjawat awam pertukaran tempat bertugas adalah perkara biasa dan kita mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

"Sebelum ini pun saya telah berkhidmat di pelbagai kementerian dan jabatan," katanya.

Mengulas lanjut Sakib berkata, beliau pernah berkhidmat di beberapa kementerian dan agensi kerajaan seperti Kementerian Kerja Raya, Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Sirim Berhad dan terbaharu di Jabatan Imigresen.

"Saya seterusnya akan ke Jabatan Perkhidmatan Awam mulai 1 Ogos depan sebagaimana yang dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara sebentar tadi," ujar Sakib.

Sehingga berita ini ditulis, Sakib tidak mengulas sama ada pertukarannya disebabkan pelbagai kontroversi yang melanda jabatan itu sejak kebelakangan ini.

Antara kontroversi itu ialah isu sabotaj terhadap Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) sehingga polis menyiasat kira-kira 100 orang merangkumi pegawai Imigresen peringkat pertengahan ke bawah dan anggota sindiket.

Dan setakat ini, Sakib juga tidak mengulas ketika ditanya mengenai jawatan terbaharu beliau di JPA.

Sakib, 58, yang berasal dari Batu Pahat, Johor sebelum ini memegang jawatan timbalan ketua pengarah Imigresen sejak 9 April 2012 dan dilantik sebagai ketua pengarah pada 2 Februari 2016.

Sakib Kusmi , Imigresen , Mustafar Ali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain