Ayob Khan Dilantik Ketua Penolong Pengarah Anti Pengganas Bukit Aman - Semasa | mStar

Ayob Khan Dilantik Ketua Penolong Pengarah Anti Pengganas Bukit Aman

Ayob Khan Mydin Pitchay

KUALA LUMPUR: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran enam pegawai kanannya berkuat kuasa 11 Ogos ini.

Antara yang terlibat ialah Penolong Pengarah Anti Pengganas, Cawangan Khas (E8), Bukit Aman SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E8 cawangan itu dengan memangku pangkat Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP).

Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP Datin Asmawati Ahmad berkata selain itu,Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman bagi menggantikan Datuk Tajudin Md Isa yang dilantik sebagai Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), Bukit Aman.

Penolong Pengarah (Perancangan dan Pembangunan Dasar Strategik), Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman ACP Dr Mustafa Khan Abdul Samat dilantik sebagai Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan, Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Penolong Pesuruhjaya Kanan Polis (SAC), katanya dalam kenyataan di sini, Selasa malam.

Beliau berkata Ketua JSJK Ibu Pejabat Kontinjen Terengganu Supt Koh Ah Tiam pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Operasi/Bantuan Teknik), JSJK, Bukit Aman.

Supt Noor Sham Md Jani, yang sebelum ini bertugas di Seksyen Penerbangan Helikopter (2) Pasukan Gerakan Udara Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Bukit Aman, pula dilantik menjadi Timbalan Komander (Operasi) Pasukan Gerakan Udara Jabatan (KDN/KA), Bukit Aman dengan memangku pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP). - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain