Kekalahan Lalu ‘Teguran Rakyat’ Kepada BN - Annuar - Semasa | mStar

Kekalahan Lalu ‘Teguran Rakyat’ Kepada BN - Annuar


SUNGAI BESAR: Barisan Nasional (BN) menjadikan kekalahannya di kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas sebagai satu iktibar.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, Umno dan BN menghormati keputusan pengundi Cina untuk tidak memberi undi kepada kerajaan pada waktu itu dan menyedari  bahawa mereka melakukannya kerana mahu memberi mesej tertentu.

“Kadang-kadang rakyat ingin beri isyarat tertentu, kita tak boleh pandang enteng sahaja, yang lepas sudah lepas, kita ambil sebagai iktibar dengan hormati suara rakyat.

“Tapi untuk pilihan raya kali ini kita mesti menjelaskan dan mesti berterus-terang, kita tetap ingin merayu, ingin memohon sokongan sahabat-sahabat pengundi Cina,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar di sini, Selasa.

Annuar berkata, kekalahan BN di Sekinchan dalam PRU lepas perlu dilihat sebagai teguran rakyat dan jentera parti tidak harus berputus asa dengan kekalahan lalu.

“Kita tak harus memandang sepi, sinikal atau memandang serong kalau pun betul dulu di Sekinchan misalnya kita dapat undi sikit sahaja, kita tak harus putus asa, kita harus hormat suara rakyat, itu teguran rakyat,” tegasnya.

Mengulas mengenai cabaran BN dalam berdepan pembangkang yang ingin menjadikan PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai kayu pengukur dalam menuju PRU-14, Annuar berkata, sebagai parti memerintah, BN sentiasa berdepan cabaran besar.

Bagaimanapun katanya, dengan formula yang ada dalam BN untuk mengekalkan keamanan, kestabilan ekonomi dan keharmonian kaum di negara ini beliau optimis BN akan terus mendapat sokongan rakyat termasuk pengundi Cina.

Katanya, kebanyakan masyarakat Cina di negara ini mencari rezeki dengan berniaga dan berdagang, justeru faktor seperti kestabilan ekonomi dan perpaduan kaum penting untuk mereka.

“Saya percaya masyarakat Cina menghargai kestabilan dan perkembangan ekonomi yang sedang diuruskan oleh kerajaan.

Dalam konteks ini, Annuar berkata, masyarakat Cina dilihat lebih pragmatik kerana mereka boleh memberi undi kepada parti lain yang menjadi pilihan mereka walaupun tidak berada dalam parti tersebut.

“Saya tak fikir orang Cina ada masalah sokong BN, sebab selama ini pun masyarakat Cina adalah penyokong kuat kita, tapi adakalanya mereka tarik undi daripada kita, mungkin ada isyarat tertentu.

“Kalau kita boleh bersikap terbuka, saya percaya bukan semua orang Cina suka DAP, mereka lebih suka BN tapi adakalanya mungkin pengundi Cina nak memberikan mesej tertentu kepada kita,” katanya.

Annuar Musa , Cina , PRK Sungai Besar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain