suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengusaha Rugi: Kedah Kaji Enakmen Operasi Pusat Hiburan Pada Ramadan

ALOR SETAR: Kerajaan negeri akan mengkaji semula peraturan dan undang-undang pusat hiburan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan di Kedah berikutan terdapat aduan ada pengusaha pusat hiburan yang kerugian akibat diarah untuk menutup operasi mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Datuk Badrol Hisham Hashim (gambar) berkata ia telah dibincangkan di dalam mesyuarat exco sebelum ini namun kajian secara terperinci perlu dilaksanakan selain perlu mendapat perkenan daripada Jemaah Pemangku Sultan Kedah terlebih dahulu.

"Setakat ini, tiada perubahan dan kita akan gunakan undang-undang sedia ada di mana kelonggaran diberikan kepada pengusaha pusat hiburan untuk beroperasi lima hari dan perlu ditutup pada Khamis dan Jumaat. Selain itu, mereka juga perlu memastikan pengunjung beragama Islam tidak dibenarkan memasuki premis sepanjang bulan Ramadan ini," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Pada 9 Jun lalu, Pengerusi Gerakan Kedah Datuk Dr Cheah Soon Hai meminta kerajaan negeri mengkaji semula tindakan yang melarang pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan berikutan tindakan itu menyebabkan lebih 200 pengusaha pusat hiburan di negeri ini menanggung kerugian.

Peraturan dan undang-undang pusat hiburan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan di Kedah adalah tertakluk kepada Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan yang wujud sejak 1997 dan mula dikuatkuasakan pada 2009.

Artikel Lain