Malaysia Setuju Ambil Lebih Ramai Pembantu Rumah Kemboja - Semasa | mStar

Malaysia Setuju Ambil Lebih Ramai Pembantu Rumah Kemboja

PUTRAJAYA: Malaysia bersetuju untuk membenarkan lebih ramai warga Kemboja bekerja di negara ini terutama sebagai pembantu rumah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tetamu negara, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen telah menyatakan minat untuk menghantar lebih ramai pekerja Kemboja ke Malaysia semasa mereka mengadakan perbincangan dua hala di sini, Jumaat.

"Kemboja telah menyatakan minat kepada Malaysia supaya dibenarkan lebih ramai warga Kemboja bekerja di negara ini. Kita telah menerima tawaran itu terutama bagi bidang pembantu rumah," katanya dalam sidang media bersama dengan Hun Sen di Perdana Putra selepas pertemuan itu.

Hun Sen, yang tiba di Malaysia pada Rabu, sedang dalam rangka lawatan rasmi empat hari di Malaysia dan akan turut menghadiri Forum Ekonomi Dunia mengenai Asean.

Pada Disember tahun lepas, Malaysia dan Kemboja menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk menyambung penghantaran pembantu rumah ke Malaysia bagi pengambilan pertengahan 2016.Najib berkata Malaysia dan Kemboja juga bersetuju untuk menyegerakan perjanjian mengenai usaha membanteras perdagangan manusia dan cukai berganda.

Menuru kenyataan bersama yang dikeluarkan sempena mesyuarat Malaysia-Kemboja itu, Kementerian Hal ehwal Wanita Kemboja dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia telah ditugaskan untuk menyegerakan perundinagn bagi penandatanganan perjanjian berhubung perdagangan manusia.

Menyentuh mengenai perdagangan, Najib berkata Kemboja juga berminat untuk meningkatkan tahap dagangan yang tidak berubah dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

"Kita mahu meningkatkan skop dagangan dan telah bersetuju untuk membantu suruhanjaya bersama di kedua-dua negara. Suruhanjaya itu akan mengadakan mesyurat tidak lama lagi bagi membincangkan bidang kepentingan bersama," katanya.

Sambil memuji layanan kerajaan Kemboja terhadap pelabur Malyasia, Najib berkata jumlah keseluruhan pelaburan syarikat Malaysia dalam pasaran Kemboja, ialah sebanyak AS$4.3 bilion.

Katanya ini merupakan penunjuk bahawa pelaburan syarikat Malaysia di Kemboja kemungkinan besar akan meningkat."Para pelajar itu akan memulakan kursus pada September, memandangkan Kemboja adalah penerima ketiga terbesar di bawah program MTCP. Kita (Malaysia) akan terus menyediakan pelbagai kursus di bawah program berkenaan," katanya.

Sementara itu, Hun Sen berharap rakyat Kemboja akan mendapat lebih banyak peluang pelaburan, biasiswa, latihan, pekerjaan, kemahiran dan pengalaman daripada Malaysia, dan rakyat Kemboja akan membawa balik ilmu dan pengalaman itu ke negara mereka.

Sambil menyatakan penghargaannya kepada Najib dan kerajaan Malaysia, beliau juga berkata Kemboja amat berharap kepada pelaksanaan pengeluaran makanan Halal untuk rakyat Islam Kemboja dan meningkatnya perdagangan dalam bidang itu.-- Bernama


Kemboja , pembantu rumah , Hun Sen , Perdana Putra

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis