Polis Ambil Keterangan Adun Didakwa Belasah Pasangan Kekasih - Semasa | mStar

Polis Ambil Keterangan Adun Didakwa Belasah Pasangan Kekasih

ALOR SETAR: Polis Kedah telah mengambil keterangan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang didakwa memukul seorang lelaki pada 15 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata Adun terbabit telah memberi kenyataan pada malam Jumaat lepas dan mengakui berada di lokasi kejadian di hadapan sebuah kompleks membeli belah Aman Central, di sini.

Katanya melalui keterangan itu, Adun terbabit menafikan bertindak memukul lelaki berkenaan bersama teman wanitanya seperti yang didakwa dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.

"Kejadian tersebut lebih kepada salah faham antara kedua-dua pihak dan mungkin ada unsur tidak puas hati. Kita akan teruskan siasatan ini dan jika Adun itu rasa dia difitnah, terpulang kepadanya untuk ambil tindakan selanjutnya.

Kita telah mengambil keterangan beberapa saksi kejadian dan akan mengambil keterangan teman wanita lelaki terbabit yang kini berada di ibu negara, bagi melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang pada 15 Mei lepas, seorang lelaki dikenali sebagai Alif Adam Mohd Munaim mendakwa dipukul oleh tiga individu termasuk seorang Adun yang bertindak menariknya keluar dari kenderaan sebelum dipukul.

Dalam laman sosial Facebook, lelaki itu mendakwa teman wanitanya yang cuba meleraikan pergaduhan tersebut turut dipukul sehingga terpaksa mendapatkan rawatan 

di sebuah hospital swasta.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain