Bekalan Ayam, Daging Dijamin Cukup Untuk Ramadan, Aidilfitri - Semasa | mStar

Bekalan Ayam, Daging Dijamin Cukup Untuk Ramadan, Aidilfitri

PASIR SALAK: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bekalan ayam dan daging di negara ini mencukupi sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata pihaknya telah mengarahkan pengimport dan pembekal kedua-dua bahan mentah itu  menyediakan bekalan mencukupi bagi menampung keperluan pengguna.

"Pengeluaran daging lembu bagi keperluan dalam negara hanya 28 peratus sahaja dan sudah tentu tidak mencukupi untuk menampung permintaan pengguna walaupun bukan pada bulan Ramadan atau musim perayaan.

"Kementerian sentiasa menyediakan bekalan yang mencukupi lebih awal untuk mengelakkan masalah kekurangan kedua-dua bahan mentah itu," kata beliau Tajuddin yang juga anggota Parlimen Pasir Salak berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang moreh kepada 59 masjid dan 163 surau bagi kawasan parlimen berkenaan di Masjid Al-Hidayah di sini, Ahad.

Tajuddin berkata kementerian hanya menyediakan keperluan bagi bekalan ayam dan daging manakala pengawalan harga terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Saya percaya KPDNKK tentu sudah bersiap sedia dengan pihak penguatkuasa untuk memantau dan memastikan harga ayam dan daging tidak naik sehingga membebankan pengguna.

"Peniaga tidak ada sebab untuk menaikkan harga sebab bekalan mencukupi dan tiada tanda-tanda bahawa kos pembekalan ayam atau kos pengeluaran daging dari negara pengimport meningkat," katanya.

Mengenai sumbangan moreh kepada masjid dan surau di kawasan Parlimen Pasir Salak, beliau berkata adalah menjadi kelaziman beliau sebagai wakil rakyat di kawasan itu memberi sumbangan sedemikian setiap tahun.

Ramadan , Ayam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain