suria

Pengawal Tangkap Ular Tedung Di Kawasan Sekolah

BUKIT MERTAJAM: Tindakan pantas pengawal keselamatan di sebuah sekolah kebangsaan Tamil di sini berjaya menghalang seekor ular tedung mengancam nyawa pelajar.

Kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi itu disedari pengawal keselamatan SJK (T) Ladang Alma yang bertugas di situ.

Ketika dikesan kehadirannya, reptilia hitam sepanjang 0.6 meter itu telah memasuki pekarangan sekolah berkenaan.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Sugumaran Gurusamy berkata, pengawal keselamatan itu menangkap ular itu dan melepaskannya di kawasan hutan di kawasan itu.

Beliau berkata, persatuan itu telah menasihatkan pihak sekolah supaya menabur sulfur di sekitar kawasan bagi mengelak kejadian sama berulang.

"Ular itu mungkin datang dari ladang getah berhampiran dan mungkin juga ia keluar kerana cuaca panas," katanya sambil menambah pihaknya berhasrat mengadakan gotong royong bagi membersihkan persekitaran sekolah itu.

ular tedung, Ladang Alma, PIBG

Artikel Berikut

Artikel Lain