Jenazah Murid Maut Dipatuk Ular Selamat Dikebumikan - Semasa | mStar

Jenazah Murid Maut Dipatuk Ular Selamat Dikebumikan

Jenazah Nuri Nadirah Ruslan, 7, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Che Latiff, Rabu.
Arwah Nuri Nadirah meninggal dunia dipercayai akibat dipatuk ular di perkarangan Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1, Pengkalan Chepa, Selasa. 
-fotoBERNAMA
KOTA BAHARU: Jenazah murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim 1, Pengkalan Chepa di sini yang meninggal dunia dipercayai akibat dipatuk ular pada Selasa, selamat dikebumikan Rabu.

Jenazah Nuriey Nadhirah Roslan, 7, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Che Latiff, Jalan Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan (PCB) dekat sini, pada pukul 9.45 pagi.

Turut hadir bapanya Roslan Ghazali, 33, ibunya Wan Nor Izatul Azwana Mohamed, 28, dan 100 anggota keluarga serta penduduk kampung.

Terdahulu, jenazah anak sulung daripada dua beradik itu disembahyangkan kira-kira 50 anggota keluarga dan penduduk kampung di kediamannya di Taman Buaya, Pantai Cahaya Bulan.

Allahyarham Nuriey Nadhirah, dipatuk reptilia itu di betis kiri ketika bermain di kawasan taman di hadapan kelasnya pada waktu rehat, kira-kira pukul 10 pagi.

Sementara itu, Wan Nor Izatul Azwana berkata beliau reda dengan pemergian anak sulungnya itu sambil meminta pengguna media sosial supaya menghentikan penyebaran gambar arwah anaknya yang boleh mengaibkan seluruh anggota keluarga.

Beliau juga terkilan dengan viral yang mendakwa anaknya itu hidup semula malam tadi, sehingga mengganggu beliau dan anggota keluarganya yang lain.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain