Penjawat Awam Wajib Lulus Tapisan Keselamatan - Azalina - Semasa | mStar

Penjawat Awam Wajib Lulus Tapisan Keselamatan - Azalina

KUALA LUMPUR: Penjawat awam diwajibkan menjalani dan lulus tapisan keselamatan sama ada sebelum atau selepas disahkan dalam perkhidmatan, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Isnin, Azalina berkata pelaksanaan tapisan keselamatan bagi penjawat awam telah dilaksanakan berpandukan Peraturan 80 Arahan Keselamatan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan.

"Tapisan keselamatan dilaksanakan bagi memeriksa latar belakang penjawat awam untuk memastikan mereka bebas daripada rekod jenayah rekod keselamatan dan penyalahgunaan dadah serta bebas serta bersih dari anasir subvertif, espionaj dan sabotaj," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) yang meminta perdana menteri menyatakan sama ada kerajaan bercadang melakukan pemutihan dan penapisan terhadap pegawai kerajaan yang sedia ada bagi mengelakkan ketirisan dan kebocoran maklumat daripada berlaku.

Dalam jawapan sama, Azalina berkata proses tapisan berkenaan mengandungi dua jenis iaitu Kasar dan Halus bagi menapis pegawai awam yang dikehendaki melihat perkara-perkara terperingkat setakat peringkat Sulit, Rahsia dan Rahsia Besar.

"Tapisan Keselamatan Semula boleh dilaksanakan ke atas penjawat awam pada bila-bila masa berdasarkan keperluan perkhidmatan dan lain-lain tujuan seperti kenaikan pangkat dan penempatan pegawai di jawatan tertentu," katanya.-- Bernama



Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini