Rakyat Johor Berpeluang Miliki Rumah Dengan Deposit RM1 - Semasa | mStar

Rakyat Johor Berpeluang Miliki Rumah Dengan Deposit RM1

Mustafha Abd Razak
Mustafha Abdul Razak.

KUALA LUMPUR: Rakyat Johor berpeluang untuk memiliki rumah bernilai di bawah RM100,000 seunit yang dinaungi Yayasan Sultan Ibrahim dengan pembayaran deposit serendah RM1.

Inisiatif berkenaan merupakan kerjasama antara Bank Rakyat dan Yayasan Sultan Ibrahim yang bertujuan memenuhi keperluan 6,000 pemohon berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.

Presiden dan Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abdul Razak berkata  bank itu memperuntukkan sebanyak RM500 juta pembiayaan akhir kepada pembeli yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan.

"Pembeli hanya perlu mendaftar terlebih dahulu dengan Unit Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Maklumat lanjut mengenai projek tersebut akan diumumkan Yayasan Sultan Ibrahim melalui Unit Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Edmund Bon Wakili Malaysia Dalam AICHR

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain