suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Maut Dalam Kemalangan Van, Lori Di Senai

JOHOR BAHARU: Enam maut dalam satu kemalangan melibatkan van kilang dan lori di Jalan Seelong, Kampung Seelong Jaya, dekat Senai, di sini, awal pagi Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor Mohd Rizal Buang berkata kejadian kira-kira 6 pagi itu mengorbankan tiga lelaki dan tiga perempuan manakala tiga lagi cedera.

"Kesemua mangsa yang terlibat masih dalam proses dikenalpasti identiti mereka. Mereka yang maut dibawa ke Hospital Temenggung, Kulai," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Difahamkan lapan daripada mangsa adalah daripada van itu manakala seorang lagi adalah pemandu lori.

"Anggota kita masih di lokasi membersihkan sisa-sisa kemalangan," kata Mohd Rizal.

Artikel Lain