suria

Bayi Enam Bulan Diselamatkan Bapa Dalam Kebakaran

Nur Fatihah Hajim diberikan rawatan di unit kecemasan Hospital Tuaran.
KOTA KINABALU: Satu kebakaran yang memusnahkan sebuah kuarters pekerja tidak menghalang seorang bapa daripada menyelamatkan tiga anaknya, termasuk seorang bayi perempuan berusia enam bulan, dalam kejadian di Tuaran, kira-kira 40km dari sini.

Nur Fatihah Hajim terselamat dalam kejadian itu tetapi melecur di bahagian pipi dan kakinya.

Kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil di Hospital Daerah Tuaran, menurut bomba.

Ketika kejadian sekitar jam 10.45 pagi Jumaat, lelaki berkenaan sedang menjaga tiga anaknya, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran Mohd Asnan Led.


Mohd Asnan berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain