suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Umno Perlu Bersatu Hadapi Pelbagai Tekanan - Annuar Musa

Tan Sri Annuar Musa
KLANG: Anggota Umno perlu memberi sokongan terhadap kepimpinan parti dengan menunjukkan perpaduan dalam menghadapi pelbagai tekanan yang melanda parti keramat itu, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata langkah itu memberi keyakinan kepad rakyat bahawa parti itu mampu mentadbir negara dengan baik dan hubungan baik sesama anggota pula pasti membuka ruang lebih cerah untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Semua anggota Umno kena faham, jangan mudah terbawa-bawa (dengan tekanan yang sedang dialami) kerana pihak luar akan gunakan kelemahan untuk memperalat kita.

"Kita seharusnya tunjukkan kepada rakyat bahawa anggota Umno mempunyai solidariti yang kuat dalam terus memperkukuh parti yang mentadbir negara sejak berpuluh tahun dahulu," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Taklimat Persidangan Tahunan Umno Bahagian Kapar, di sini malam Khamis.

Menyifatkan pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed turut dilanda tekanan hebat, Annuar berkata kesetiaan dan kepatuhan anggota kepada pemimpin dan parti ketika itu yang menjadikan Umno sebuah parti yang 'padu'.

Disebabkan itu katanya, rakyat harus melihat keteguhan Umno dalam ruang lingkup yang lebih luas dan anggota yang seharusnya memainkan peranan utama dalam menjadikan parti teguh demi kestabilan negara.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Umno Bahagian Kapar, Datuk Faizal Abdullah.

Tan Sri Annuar Musa, solidariti

Artikel Lain