suria

Tiada Sebab Guan Eng Perlu Bercuti - DAP Pulau Pinang

Kon Yeow (kanan) dan Gobind pada sidang media di ibu pejabat DAP negeri pada Jumaat.

GEORGE TOWN: Tiada sebab Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk pergi bercuti, menurut DAP negeri.

Pengerusi DAP Negeri, Chow Kon Yeow berkata, ia telah memutuskan pada mesyuarat yang dihadiri 25 pemimpin parti negeri pada Jumaat bahawa tiada kes bantahan terhadap Guan Eng.

"Oleh kerana kita merasakan tiada kes bantahan terhadap Lim (Guan Eng) dan ia merupakan satu bentuk penganiayaan politik, kami berpendapat tiada keperluan untuk Lim pergi bercuti," katanya di ibu pejabat DAP negeri.

Penasihat undang-undang parti, Gobind Singh Deo yang turut hadir berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghubungi beliau pada pagi Jumaat.

"Mereka beritahu yang mereka perlukan beberapa hari lagi untuk melengkapkan siasatan. Mereka mungkin akan menghubungi Ketua Menteri bagi membantu siasatan," katanya.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP tidak hadir pada sidang media berkenaan. 


Artikel Lain