suria

Mara Tawar 50 Peratus Diskaun Pinjaman Pelajaran

Tan Sri Annuar Musa
PETALING JAYA: Beberapa ribu peminjam pinjaman pelajaran Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang mendaftar untuk pinjaman mereka sebelum tahun 2010, telah ditawarkan kelonggaran.

Berkuatkuasa serta merta, mereka mempunyai pilihan untuk mendapat diskaun 50 peratus ke atas baki tertunggak semasa mereka.

Tetapi untuk menikmati diskaun itu, mereka harus membayar baki 50 peratus itu dalam tempoh satu tahun.

Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa yang mengumumkan perkara ini pada Jumaat berkata langkah itu adalah untuk menyeragamkan pemberian diskaun dengan dasar Mara.

Beliau berkata pada tahun 2010, Mara telah memutuskan bahawa pelajar yang mengambil pinjamannya hanya perlu membayar balik 10 hingga 20 peratus daripada jumlah pinjaman sebenar mereka.

Ini terpakai kepada mereka yang mengambil pinjaman pada tahun 2010 dan seterusnya.

"Oleh itu kami telah memutuskan bahawa bagi mereka yang mengambil pinjaman sebelum 2010 hanya perlu membayar 50 peratus daripada baki tertunggak semasa mereka.

"Jika mereka menerima tawaran itu, mereka perlu membuat bayaran penuh dalam tempoh satu tahun dari sekarang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum mengenai rumah mampu milik di sini.

Annuar berkata terpulang kepada pelajar untuk mencari wang yang diperlukan bagi membayar baki pinjaman, melalui pinjaman bank, sebagai contoh.

Annuar berkata tawaran diskaun itu juga dibuat sempena sambutan ulang tahun Mara yang ke-50 bulan depan.

Artikel Berikut

Artikel Lain