suria

DUN Sarawak Mungkin Bubar Pada 31 Mac

Datuk Peter Minos
PETALING JAYA: Penganalisis politik Datuk Peter Minos meramalkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mungkin akan dibubarkan pada 31 Mac ini bagi membuka jalan pilihan raya negeri (PRN) yang dinanti-nantikan diadakan akhir bulan depan.

Minos, yang juga pengerusi jawatankuasa kerja publisiti Parti Bersatu Sarawak (PBB) berkata spekulasi beliau adalah berdasarkan gambaran berulang-ulang yang diberikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem bahawa pilihan raya itu akan diadakan 'tidak lama lagi'.

Beliau berkata, ketua menteri semasa lawatan ke Lundu Ahad lalu menyatakan bahawa pengumuman mengenai pembubaran itu akan dibuat 'tidak lama lagi dan dalam tempoh beberapa hari akan datang'.

Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian, Minos berkata cadangan telah dibuat bahawa tarikh 18 April sebagai hari penamaan calon dan 30 April hari mengundi.

"Sebab itu saya meramalkan pembubaran Dewan Undangan Negeri mungkin dibuat pada 31 Mac, berdasarkan apa yang dikatakannya Ahad lalu," katanya kepada The Star.

Minos berkata Adenan juga sedar akan sentimen rakyat di Sarawak di mana ada di antaranya yang kecewa dengan spekulasi bertiup kencang tentang tarikh pilihan raya.

"Adenan tahu bahawa ramai yang telah lama menunggu pilihan raya diadakan dan mungkin ada yang berasa sedikit bosan menunggu serta spekulasi.

"Penyokong Barisan Nasional, pekerja dan pengusaha juga merasai yang sama dan mungkin dengan 'letih' tidak lama lagi.

"Oleh itu sudah tiba masanya untuk pilihan raya diadakan sebelum semua orang letih dengan semua ini," kata Minos.

Artikel Lain