suria

Kedah Catat 14 Kes Kesihatan Berkaitan Cuaca Panas

SUNGAI PETANI: Kedah kini mencatatkan 14 kes masalah kesihatan membabitkan cuaca panas dalam tempoh 1 Mac sehingga 23 Mac lalu.

Pengarah Kesihatannya, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata dua kes pertama dilaporkan pada 2 Mac, diikuti 12 Mac (satu kes), 20 Mac (dua kes), 21 Mac (lima kes), 22 Mac (satu kes) dan 23 Mac (tiga kes).

"Tiada trend peningkatan dilihat dan kes yang paling tinggi ialah pada 21 Mac iaitu lima kes.

"Bagaimanapun, tiada kes strok haba dilaporkan berlaku, cuma terdapat tiga kes kekejangan haba dan 11 kes keletihan haba," katanya kepada media selepas menghadiri majlis penutup program '9th Advance Wound Management Symposium in Orthopaedic 2016' di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, Jumaat.

Norhizan berkata kes terbabit dicatatkan berlaku di empat daerah iaitu lima kes di Kota Setar, Langkawi (empat kes), Kulim (tiga kes) dan dua kes di Kubang Pasu.

"Kami akan terus membuat pemantauan, khususnya di sembilan hospital dan 58 klinik kesihatan di negeri ini," katanya.

Artikel Lain