suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Larangan Liputan Program PM Terhadap Media Dalam Talian - Azalina

KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri tidak mengenakan sebarang larangan terhadap media dalam talian untuk membuat liputan program Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, berkata namun begitu ada ketikanya Pejabat Perdana Menteri mengehadkan jumlah wakil media yang membuat liputan program perdana menteri atas sebab tertentu.

"Ini termasuklah kerana tempat majlis yang terhad, faktor keselamatan dan memastikan laporan berita yang lebih fokus," katanya menjawab pertanyaan Teo Nie Ching (DAP-Kulai).

Teo ingin tahu sama ada Pejabat Perdana Menteri melarang media-media dalam talian seperti Malaysiakini, The Malaysian Insider, Malay Mail Online untuk membuat liputan aktiviti Perdana Menteri walaupun mereka mempunyai permit media yang sah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain