suria

Dua Wartawan Australia Ditahan Ingkar Arahan Polis Di Majlis PM

Dev Kumar.

PETALING JAYA: Dua wartawan warga Australia ditahan pada Sabtu malam kerana gagal mematuhi arahan polis pada majlis yang dihadiri Perdana Menteri, menurut polis Sarawak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, dua warga Australia berkenaan melintasi garisan keselamatan dan secara agresif menghampiri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu sedang dalam lawatan rasmi ke Masjid Darul Ehsan di Kampung Haji Baki di Sentosa.

"Insiden berlaku pada kira-kira pukul 8.35 malam. Kedua-dua mereka ditahan kerana gagal mematuhi arahan polis untuk tidak melintasi garisan keselamatan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Kedua-dua wartawan tersebut dibawa ke balai polis daerah Padawan untuk disoal saisat sebelum dibebaskan pada pagi Ahad.

Dev Kumar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 196 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam untuk melakukan kerja-kerja jawatannya.

Artikel Lain