suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Irwan Tidak Tahu Spekulasi Ganti Zeti Di Bank Negara

PETALING JAYA: Tan Sri Irwan Serigar Abdullah belum pasti sama ada beliau akan menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank Negara.

Ketika dihubungi The Star pada Sabtu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan  itu berkata "beliau tidak tahu" sama ada akan menjadi gabenor bank Malaysia yang baharu.

Menurut laporan Wall Street Journal pada Sabtu, Irwan dijangka akan dilantik sebagai ketua Bank Negara oleh kerajaan pada minggu hadapan selepas pengesahan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim.

Akhbar kewangan harian itu berkata, Irwan merupakan ahli jawatankuasa Bank Negara bakal menggantikan Zeti yang bersara pada April ini selepas 16 tahun berkhidmat.

Irwan merupakan pemegang PhD dalam bidang Ekonomi dari UIAM dan memiliki sarjana dalam bidang Sains Pengurusan dan Dasar Tenaga dari University of Pennsylvania.

Beliau memulakan kerjaya dalam sektor awam di Unit Perancang Ekonomi ( EPU)  di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1984, dan kemudian bekhidmat di Kementerian Kewangan pada tahun 2003.

Irwan juga merupakan ahli lembaga organisasi Malaysian Airline System Berhad (MAS) , Petroliam Nasional Berhad ( Petronas), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) , MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) , Lembaga Tabung Haji ( TH ).

Beliau juga merupakan Pengerusi Kumpulan Wang Persaraan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Prokhas Sdn. Bhd dan Cyberview Sdn. Bhd.

Artikel Berikut

Artikel Lain