suria

Gempa Bumi Lemah Di Tasik Kenyir

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah bermagnitud 2.7 pada skala Richter dikesan di Tasik Kenyir, Terengganu, Selasa malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata, gegaran boleh dirasai di Kuala Berang.

Pusat gempa bumi itu terletak di 5 darjah Utara dan 102.9 darjah Timur, iaitu 16km Barat Daya dari Kuala Berang.

Menurut kenyataan itu, tiada ancaman tsunami berikutan gempa yang berlaku pada 9.25 malam itu, namun agensi itu sedang memantau perkembangan dan akan memaklumkan sebarang maklumat terkini.

Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain