Permohonan Kerajaan Batal Saman Keluarga Penumpang MH370 Didengar 4 Mac - Semasa | mStar

Permohonan Kerajaan Batal Saman Keluarga Penumpang MH370 Didengar 4 Mac

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Khamis menetapkan 4 Mac ini untuk mendengar permohonan kerajaan Malaysia dan tiga pihak lagi bagi membatalkan saman difailkan lima sekeluarga yang menuntut ganti rugi berhubung kematian tiga anggota keluarga mereka yang merupakan penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya hari ini dengan dihadiri Peguam Persekutuan Shaiful Nizam Shahrin mewakili kerajaan Malaysia dan peguam Sangeet Kaur Deo mewakili dua anak pasangan suami isteri yang terkorban dalam penerbangan itu.

Kerajaan, Malaysia Airlines Berhad (MAB), Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selaku defendan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pada 23 Dis 2015 atas alasan tuntutan plaintif bersifat remeh, menyusahkan dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.

Pada 28 Ogos 2015, lima sekeluarga itu selaku plaintif memfailkan saman terhadap kelima-lima defendan termasuk Malaysia Airlines System Berhad (MAS) bagi menuntut ganti rugi atas kehilangan Tan Ah Meng, 46, dan isterinya Chuang Hsiu Ling@Cindy Chuang, 45, masing-masing merupakan pengarah syarikat kejuruteraan dan pembinaan serta anak sulung pasangan itu, Tan Wei Chew, 19.

Saman itu difailkan dua anak pasangan terbabit iaitu Tan Wei Hong, 16, dan Tan Wei Jie, 14, ibu bapa kepada Ah Meng, Tan Hun Khong, 85, dan Lai Chew Lai, 83, serta ibu Hsiu Ling, Chuang Hung Chien, 76, yang merupakan warga Taiwan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, kesemua plaintif mendakwa MAS memungkiri kontrak apabila gagal memastikan pesawat berkenaan berada dalam keadaan baik dan sempurna hingga menyebabkan penumpang dan pesawat MH370 gagal dikesan.

Mereka mendakwa akibat kecuaian defendan, kedua-dua anak pasangan itu menjadi yatim piatu secara tiba-tiba serta kehilangan abang sulung mereka dan kejadian itu menyebabkan mereka mengalami penderitaan dan kehilangan termasuk sokongan kewangan dan kasih sayang.

Plaintif juga mendakwa semasa kehilangan perhubungan, DCA gagal mengambil tindakan sewajarnya untuk berhubung semula atau melancarkan pencarian pesawat itu selain mendakwa kehilangan pesawat boleh dihindarkan jika panglima TUDM memantau radar dalam masa sebenar dan mengambil segala tindakan ketika kejadian itu berlaku.

Sehubungan itu, mereka menuntut defendan mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif, ganti rugi am, ganti rugi kehilangan sokongan, ganti rugi teruk dan teladan, kos, faedah serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada 29 Jan 2015, Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman yang mewakili kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa kehilangan pesawat MH370 diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap terkorban.

Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.40 tengah malam, 8 Mac 2014 menuju ke Beijing. Sejam kemudian pesawat itu hilang daripada radar.

Pada 29 Julai 2015 satu komponen sayap dipanggil 'flaperon' ditemui di pulau Reunion di Lautan Hindi. Usaha pencarian masih diteruskan. 

MH370

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain