suria

SPRM Tahan Polis Bantu Siasatan Rasuah

MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang anggota polis berpangkat koperal bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM4,000 di sini, Khamis.

Menurut sumber, suapan berkenaan sebagai dorongan supaya anggota polis terbabit memulangkan dua kenderaan yang disita bagi membantu siasatan kes curi kenderaan, dipulangkan kepada pemiliknya.

Suspek yang berusia 40-an itu ditahan di sebuah balai polis di sini pada kira-kira pukul 6 petang semalam, kata sumber itu.

Pengarah SPRM Melaka Ramli Ismail ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan penahanan anggota polis itu semalam, bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.

SPRM, Rasuah

Artikel Lain