suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seluar Dalam, Kondom Digantung Di Laluan Pendakian

KOTA KINABALU: Gambar lebih 20 seluar dalam yang dilekat bersama kondom di pokok di laluan mendaki Penampang mendapat perhatian ramai netizen.

Gambar itu didedahkan seorang pendaki menerusi laman sosial Facebooknya sebelum ia dipaparkan oleh Buletin Penampang.

Pegawai Daerah Penampang, Luvita Koisun berkata, pihaknya telah menghantar wakil untuk membuat pemeriksaan di kawasan yang didakwa selepas heboh mengenai penemuan tersebut.

"Mereka menemui seluar dalam itu tetapi tidak terjumpa sesiapa, malah penduduk berdekatan juga tidak mengetahui mengenai perkara berkenaan," katanya.

Beliau menambah, pihaknya cuba mengesan pemilik tanah persendirian itu untuk membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Penampang, Supritendan Rosley Hobden berkata, anggota yang dihantar ke tempat kejadian tidak menemui sebarang seluar dalam seperti yang didakwa.

"Tiada laporan polis dibuat setakat ini," tambahnya.

Penampang, Polis

Artikel Berikut

Artikel Lain