suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Saintis Malaysia Disenarai 'Minda Paling Berpengaruh Di Dunia'

Prof Dr Siti Khatum Kamarudin

KUALA LUMPUR: Tiga pakar kejuruteraan kimia yang berkhidmat dengan universiti di Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai antara 'Minda Paling Berpengaruh Di Dunia 2015' daripada Thomson Reuters.

Laporan dikeluarkan baru-baru ini, menyenaraikan mereka adalah Prof Datuk Ir Dr Wan Ramli Wan Daud dan Prof Dr Siti Khatum Kamarudin, kedua-duanya dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kepakaran mereka adalah dalam bidang tenaga hidrogen dan sel bahan bakar.

Turut berada dalam senarai satu peratus saintis paling terkemuka di dunia itu ialah rakyat Iraq, Prof Dr Bassim H Hameed dalam bidang kejuruteraan reaktor dan penjerapan, dari Universiti Sains Malaysia.

Dalam kenyataannya, Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) berkata daripada sembilan juta saintis di seluruh dunia, 3,000 dari 21 bidang sains dan sains sosial disenaraikan dalam laporan itu.

Katanya para penyelidik terkemuka itu dipilih melalui hasil analisis terhadap data kutipan bagi tempoh 11 tahun, dan pengenalpastian mereka yang menerbitkan paling banyak tulisan yang amat terpuji.

Data kutipan itu diambil daripada pangkalan data kutipan saintifik Thomson Reuters Web of Science. 

UKM, Saintis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain