suria

"Siapa Jadi Menteri Besar Bukan Isunya" - Ahmad Bashah

ALOR SETAR: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mendakwa sesiapa sahaja yang dilantik sebagai menteri besar termasuk dirinya tidak menjadi isu ketika ini.

Sebaliknya, timbalan pengerusi perhubungan Umno Kedah itu memberitahu, beliau akan menyokong individu yang akan dilantik menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai kuasa prerogatif untuk membuat pelantikan.

"Berikan beliau sedikit masa lagi untuk membuat keputusan. Apapun keputusan itu adalah hak beliau.

"Sama ada saya dilantik sebagai menteri besar atau tidak, itu bukan isunya. Saya akan menyokong siapa sahaja calonnya," katanya kepada pemberita.

Pada Jumaat, Ahmad Bashah bersama 14 ketua Umno bahagian lain bertemu Najib bagi membincang mengenai isu hilang kepercayaan terhadap Mukhriz sebagai pengerusi perhubungan Umno kedah dan menteri besar.

"Dalam mensyuarat itu, beliau tidak memberitahu siapakah menteri besar baru.

"Mereka yang menghadiri mesyuarat itu terdiri daripada 14 daripada 15 ketua bahagian dan telah menyuarakan pendapat masing-masing.

"Kami rasa sudah tiba masanya untuk membuat perubahan kepada kepimpinan Umno di negeri ini," katanya.


Kedah, Umno

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain