suria

Cabaran Anggota Bomba Difilemkan

SEMPORNA: Kehidupan dan kerjaya anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan difilemkan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Mohammad Mentek.

Beliau berkata pihak kementerian sedang dalam fasa perbincangan dengan KRU Production bagi merealisasikan hasrat pembikinan drama bersiri bertajuk 'Hero".

"Buat pertama kali dalam sejarah JBPM akan ada sebuah drama bertajuk Hero iaitu mengenai kehidupan dan kerjaya bomba akan dikeluarkan dalam tahun ini.

"Kalau polis ada drama Gerak Khas dan dalam Bomba ada Hero," katanya ketika berucap melancarkan penubuhan kelab kitar semula/alam sekitar sekolah-sekolah di sini, Sabtu.

Mohammad berkata, pembikinan drama itu merupakan sebagai suntikan semangat kepada anggota bomba dan sekali gus memberi pendedahan kepada rakyat mengenai kerja-kerja bomba serta pengorbanan mereka menyelamatkan mangsa tidak mengira  waktu dan tempat.

Bomba, KPKT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain