suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Peserta Thaipusam Maut Dirempuh Kereta

KUALA LUMPUR: Tiga penganut Hindu, yang menyertai rombongan berjalan kaki dari Senawang, Negeri Sembilan ke Batu Caves untuk sambutan Thaipusam, maut dirempuh sebuah kereta di Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur berhampiran Seri Petaling, pagi Sabtu.

Sementara tiga lagi cedera parah dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi ini, menurut jurucakap polis di sini, Sabtu.

Beliau berkata pemandu kereta terbabit dilaporkan telah melarikan diri sejurus kemalangan.

Mayat ketiga-tiga mangsa kemalangan itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat, sementara yang cedera dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan, katanya.

Menurutnya, anggota keluarga ketiga-tiga mangsa telah dipanggil untuk proses pengecaman mayat di bilik mayat HKL.

Thaipusam disambut pada Ahad ini.

Thaipusam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain