suria

Pelaburan Kepada Rakyat Kunci Kekuatan Jenama

Tan Sri Liew Kee Sin

PETALING JAYA: Melabur kepada rakyat merupakan ramuan kejayaan sesuatu jenama, kata Pengerusi  Kumpulan Pembangunan Eco World Berhad, Tan Sri Liew Kee Sin.

Beliau berkata, ia merupakan trend yang dapat dilihat dengan jelas apabila AirAsia berjaya mencipta jenamanya dalam perniagaan penerbangan.

Mengambil contoh syarikat yang diasaskan beliau, EcoWorld, Liew memberitahu, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa kerja keras pasukannya.

"Tanpa pasukan saya yang kuat di pejabat dan rumah, saya tidak akan dapat berucap di sini pada hari ini. Inilah asas kekuatan saya," katanya ketika berucap pada majlis StarLIVE Business Series: Power Talks di Menara Star pada Sabtu.

Liew berkata, 'DNA sesebuah syarikat perlu dibentuk bersama pelapisnya' - ia seperti yang sedang dilakukan di EcoWorld.

Menurutnya, pendidikan adalah perkara penting, tetapi semangat dan azam untuk berkerja keras juga penting bagi setiap mahasiswa.

Nasihatnya lagi, tidak perlu seseorang itu menjadi graduan luar negara bagi mendapatkan pekerjaan lebih baik.

"Saya mendapat tawaran daripada dua universiti iaitu Universiti Malaya (UM) dan National University of Singapore. Bapa saya mahu terus berada di Malaysia dan berikutan itu saya memilih UM.

"Ia tidak bermakna kamu perlu jadi seorang graduan luar negara untuk berjaya. Perkara lebih penting ialah sikap dan minat kamu untuk berkerja keras," katanya.


Star, EcoWorld

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain