suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Line Clear Diarah Kosongkan Premis

GEORGE TOWN: Operator yang mengendalikan restoran nasi kandar popular, Line Clear diberi tempoh tiga minggu untuk mengosongkan premisnya di Penang Road.

Arahan ini berikutan kegagalan permohonan pengendali semasa restoran berkenaan, Abdul Hamid Seeni Parkir, 67, di Mahkamah Tinggi di sini untuk semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan yang dibuat oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 2014.

Pesuruhjaya Kehakiman, Collin Lawrence Sequerah berkata MPPP mempunyai budi bicara dan kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan untuk memberikan lesen kepada peniaga itu berdasarkan sistem penggiliran.

Beliau memutuskan bahawa majlis itu bertindak secara wajar dan sah serta tidak bercanggah atau melanggar keadilan asasi.

"Keputusan majlis itu adalah mengikut undang-undang, rasional dan sah," katanya.

Selepas keputusan dibacakan, peguam Abdul Hamid, M. Kumar secara lisan memohon penangguhan perintah sementara menunggu rayuan interim, tetapi telah ditolak oleh mahkamah.

Isu perebutan giliran Restoran Nasi Kandar Line Clear berlaku dua tahun lalu, apabila MPPP memberikan lesen kepada Sahubarali China Mohd Hanibah, Abdul Latiff Thulkarunai dan Pathumah Iskandar yang dikatakan tanpa pengetahuan ahli keluarga lain.

Line Clear, Nasi Kandar

Artikel Berikut

Lelaki Bawa Bom Mengaku Militan

Artikel Lain