suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mukhriz Minta Rakyat Kedah Bertenang

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir meminta semula rakyat Kedah supaya bertenang dan bersabar serta mendoakan yang terbaik.

"Selagi rakyat Kedah mahukan saya, selagi itulah saya akan terus berkhidmat," katanya sebelum meninggalkan perkarangan Ibu Pejabat Umno Kedah di Bangunan Tunku selepas mengadakan mesyuarat tertutup dengan beberapa pemimpin Umno Bahagian Jerlun di sini, Rabu malam.

"Allah akan bersama kita selagi kita ikhlas dengan perjuangan. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita. Apa juga kejadian yang berlaku tentunya ada hikmah untuk kita.

"Percayalah sesuatu yang baik akan sampai kepada kita," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 penyokongnya yang berkumpul sejak 8 malam tadi.

Pada petang Rabu, hampir kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan anggota Parlimen Umno Kedah telah menyuarakan hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

 

Mukhriz Mahathir, Umno

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain