suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Filem Khas Untuk Guru

PETALING JAYA: Sekumpulan pembuat filem berminat untuk menerbitkan filem mengenai kehidupan guru di Malaysia.

Filem yang bakal memberi penghormatan kepada pendidik di semenanjung serta Sabah dan Sarawak itu akan menampilkan pelakon tempatan.

"Kami mahu merakamkam tekanan yang dihadapi pelajar, pengorbanan guru serta kebimbangan ibu bapa dalam filem ini," kata penerbit eksekutif Amy Tnay Li Ping.

Timbalan Menteri Pelajaran, Chong Sin Woon yang turut hadir pada majlis promosi filem itu bersetuju bahawa guru-guru menghadapi pelbagai tekanan daripada masyarakat.

"Mereka terperangkap di antara pelajar, ibu bapa dan juga Kementerian Pelajaran.

"Kami melihat guru menghadapi pelbagai masalah di sekolah.

"Saya gembira pembuat filem memilih tema yang memaparkan mengenai suara para pendidik," katanya.

Berhubung persepsi negatif terhadap guru di sekolah kerajaan, Chong merayu supaya ibu bapa dan pelajar memahami situasi yang dihadapi para guru.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, beliau meminta ibu bapa supaya tidak begitu cepat mengetengahkan mengenai masalah yang dihadapi mereka di media sosial.

Artikel Berikut

Artikel Lain