suria

Malaysia Model Negara Islam

PETALING JAYA: Malaysia diiktiraf sebagai model negara Islam yang berjaya memanfaatkan faedah pertumbuhan ekonomi untuk membina keharmonian serta mengurangkan potensi ancaman keganasan.

Pengiktirafan itu dinyatakan menerusi artikel yang dikeluarkan akhbar Britain, The Telegraph berhubung pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan sebelum ini.

Artikel itu berkata program pembangunan ekonomi secara 'radikal' seperti Wilayah Ekonomi Koridor Utara yang ditawarkan kepada masyarakat luar bandar berjaya mengurangkan masalah ideologi pelampau.

"Umat Islam dapat melihat bahawa mereka mempunyai tempat tinggal yang aman, makmur dan dihormati oleh semua pihak di negara mereka sendiri dan juga dalam masyarakat global.

"Kejayaan ekonomi dan reformasi sosial adalah penting seperti apa yang dikatakan David Cameron.

"Dalam hal ini, Najib dan Malaysia merupakan model bagi negara-negara lain di seluruh Asia dan Timur Tengah iaitu bagaimana majoriti masyarakat Islam boleh memberikan alternatif yang positif kepada bahaya ideologi Islam reaksioner," kata akhbar itu dalam artikel pada Selasa yang turut dimuat naik di laman webnya.

Menggunakan tajuk "Serangan Jakarta: Cara Tewaskan Keganasan Islam di Timur", artikel itu berkata Malaysia dan beberapa kerajaan Asia yang lain bekerja keras untuk menentang kebangkitan militan dengan pelbagai dasar yang mungkin dapat memberi pengajaran berguna untuk kerajaan Barat berhadapan isu sama.

Artikel Lain