suria

Disiasat SPRM Boleh Bersihkan Nama - Abu Kassim

Tan Sri Abu Kassim Mohamed
PETALING JAYA: Orang ramai tidak perlu takut apabila disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ia boleh membersihkan nama mereka daripada tuduhan salah laku, kata Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Abu Kassim berkata, siasatan SPRM tidak bermakna mereka yang terlibat akan didakwa dan ia boleh membersihkan seseorang daripada sebarang tuduhan yang dibuat terhadap mereka.


"Jika saya jadi mereka, saya akan mengalu-alukan siasatan tersebut. Saya dapat membersihkan nama saya," katanya dalam temu bual radio di saluran radio suruhanjaya itu,  MACC.FM.

Abu Kassim berkata SPRM 'bertindak ke atas semua aduan yang dibuat dengan agensi penguat kuasa itu, termasuk aduan yang dibuat terhadap ahli-ahli politik'.

"Kami siasat semua, jadi bersedialah," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, suruhanjaya itu tidak mempunyai kuasa pendakwaan dan oleh itu tidak dapat memberikan jawapan tentang mengapa beberapa individu yang disiasat tidak didakwa.

"Kami seperti 'kontraktor, kami hanya membina rumah, tetapi kami juga menunggu CF (sijil layak menduduki).

"Kami bekerja keras untuk menyelesaikannya, jadi jika ia tidak boleh dilakukan kerana ia tidak sesuai dengan spesifikasi, kita boleh menerimanya. Tetapi jika ia ditolak tanpa sebab tertentu, kami juga berasa kecewa," kata Abu Kassim.
SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed

Artikel Lain