suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Perniagaan Diserang, Pengawal Peribadi Tembak Penjenayah

Serangan berlaku di Jalan Empat off Jalan Chan Sow Lin.

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal peribadi melepaskan tembakan terhadap dua penyerang bersenjatakan parang yang menetak seorang ahli perniagaan di gerai tepi jalan di Jalan Empat off Jalan Chan Sow Lin di sini.

Salah seorang daripada penyerang itu mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.

Difahamkan kedua-dua lelaki terbabit menyerang ahli perniagaan yang ketika itu menikmati sarapan pagi di gerai tersebut bersama rakannya dan pengawal peribadinya pada pukul 9 pagi Isnin.

Pemilik gerai yang hanya mahu dikenali sebagai Madam Wong, 50, berkata, dua penyerang itu melibaskan senjata mereka dan menetak salah seorang ahli perniagaan.

"Pengawal peribadi itu mengeluarkan pistolnya dan melepaskan enam, tujuh tembakan ke arah penyerang, dan terkena kepada salah seorangnya.

"Anak saudara lelaki saya yang membantu di gerai turut terkena peluru yang ditembak secara tidak sengaja di bahagian punggung.

Ahli perniagaan, anak saudara lelaki kepada pemilik gerais erta penyerang yang ditembak dikejarkan ke hospital.

Seorang lagi penyerang berjaya melarikan diri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain