suria

Dua Pendaki Terkandas Di Gunung Bintang Diselamatkan

KULIM: Dua daripada tiga pendaki yang keletihan semasa mendaki Gunung Bintang, dekat Kampung Sedim awal pagi semalam berjaya dikeluarkan dengan bantuan helikopter Unit Udara Bomba dan Penyelamat Malaysia, pagi Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech, Mohd Azizi Abdullah berkata, kedua-dua mereka diselamatkan dengan menggunakan tali dan diterbangkan dengan helikopter ke sebuah padang bola sepak berhampiran Pusat Kawalan Bomba, Kampung Sedim kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Pendaki terbabit, Muhammad Faisal Abu Bakar, 29, dan rakannya yang kekejangan, Shafizal Ramli, 27, terpaksa bermalam berdekatan air terjun bersama kumpulan penyelamat sementara menunggu ketibaan bantuan helikopter.

Seorang lagi rakan mereka Ashraf Mohamad, 28, yang membuat panggilan kepada pihak bomba berjaya diselamatkan bomba kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

Difahamkan ketiga-tiga pendaki dari Kuala Lumpur itu telah memulakan pendakian ke Gunung Bintang pada pukul 1.00 pagi semalam sebelum salah seorang daripada mereka mengalami kekejangan kaki.

Gunung Bintang

Artikel Sebelum

Artikel Lain