suria

Najib Akan Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Fiskal Pengubahsuaian Bajet 2016

IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa fiskal bulan ini bagi menyusun semula Bajet 2016, kata Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Menteri Kewangan Kedua itu berkata, jawatankuasa itu terdiri daripada Gabenor Bank Negara, dirinya sendiri dan beberapa menteri-menteri berkaitan.

"Tahun ini akan menjadi lebih mencabar kerana kami tidak menjangka harga minyak jatuh daripada USD48 kepada USD31," katanya kepada pemberita selepas merasmikan simposium perniagaan 2016 Quest International University di sebuah hotel di sini, Ahad.

Pada Jumaat Najib mengumumkan bahawa pelarasan perlu dibuat kepada Bajet 2016 ekoran berlaku banyak perubahan selepas ia dibentangkan pada Oktober lepas.

Katanya langkah itu adalah untuk memastikan bahawa bajet tahun ini adalah tepat, realistik dan sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.

Najib bagaimanapun tidak memberikan tarikh khusus mengenai bila pelarasan bajet akan dibentangkan namun hanya menyatakan ia akan dilakukan tidak lama lagi.

Bajet 2016

Artikel Lain