suria

Ahli Perniagaan Mati Ditembak, Teman Wanita Cedera

SIBU: Seorang ahli perniagaan mati ditembak dari jarak dekat oleh lelaki bersenjata tidak dikenali yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Sementara itu teman wanitanya cedera dalam kejadian berkenaan.

Menurut polis, mangsa ialah Ting Meng Min dan teman wanita warga China itu yang dikenali sebagai Xiao Fen.

Ketika kejadian kedua-dua mangsa sedang menikmati makan lewat malam bersama empat yang lain di sebuah kedai kopi di Jalan Lanang.

Menurut polis lagi, seorang lelaki turun dari kenderaan dan melepaskan beberapa das tembakan kepada Ting dan teman wanitanya kira-kira pukul 11 malam Sabtu.

Ting, berusia 30-an yang ditembak dari arah belakang meninggal dunia dalam perjalanan ke sebuah pusat perubatan swasta.

Manakala teman wanitanya yang ditembak di lengan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Mohd Kamal Kordi berkata, mangsa berasal dari Miri dan dimiliki sebuah pub di sana.

"Ting pernah membuka sebuah pub di sini namun telah ditutup," katanya.

Artikel Lain