suria

Banjir Di Pantai Timur Semakin Pulih

Abdul Majid Ngah menyusun jaket keselamatan di hadapan rumah rakitnya sewaktu tinjauan fotoBernama di Kampung Seberang Tayor Hilir pada Rabu. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir yang melanda pantai timur Semenanjung semakin pulih apabila hanya satu pusat pemindahan dibuka di Terengganu berbanding dua pusat malam Rabu.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, sehingga pukul 8 pagi, jumlah mangsa ialah seramai 286 orang daripada 66 keluarga.

Kesemuanya dari daerah Kemaman dan ditempatkan di Dewan Sivik Felda Seberang Tayor.

Keadaan cuaca di negeri itu juga dilaporkan baik.

Keadaan banjir di Kelantan dan Pahang pula telah pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa pulang ke rumah masing-masing sejak tengah hari Rabu.

Sebanyak 51 mangsa banjir terakhir di Pahang melibatkan 11 keluarga di daerah Kuantan dibenarkan pulang manakala di Kelantan, 46 mangsa banjir di jajahan Kuala Krai telah dibenarkan pulang kira-kira 11 pagi Rabu. - BERNAMA

banjir, pantai timur

Artikel Sebelum

Harapan Kegembiraan 2016

Artikel Berikut

Tenang, Selasa Di Taman Syurga

Artikel Lain