Arul Mengadap PAC 1 Disember - Semasa | mStar

Arul Mengadap PAC 1 Disember

ARUL KANDA

KUALA LUMPUR: Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy diarah mengadap Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 1 Disember depan.

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin berkata, Arul dikehendaki menyediakan semua dokumen berkaitan untuk dibentangkan pada prosiding itu.

“Sudah tentu beliau perlu bawa semua dokumen yang berkaitan. Mereka perlu bersedia, ini prosedur biasa seperti sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Selain itu, menurut Hasan yang baru dipilih mengetuai jawatankuasa dibawah Parlimen itu berkata, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi juga akan dipanggil bagi membantu siasatan PAC.

“Kita akan panggil seorang demi seorang. Mula-mula Datuk Shahrul, kemudian baharu Arul akan dipanggil selepas itu,” katanya.


PAC , Arul Kanda Kandasamy , 1MDB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kedai Vape Diserbu Di Shah Alam

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain