suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dakwaan 'Langkah Rawang' Menjengkelkan - Zuraida

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak khabar angin mengenai 'Langkah Rawang' yang dikatakan bertujuan menyingkir Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menerusi kenyataan berkata, beliau berasa jengkel dakwaan yang disebarkan cybertroopers Umno bagi memecah-belahkan parti itu.

Heboh diperkatakan di media sosial kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei bercadang melepaskan kerusi disandangnya itu bagi memberi laluan kepada ahli PKR yang baharu, Datuk Saifuddin Abdullah bertanding menerusi pilihan raya kecil.

Jika Saifuddin menang, beliau akan mencabar Azmin bagi menduduki kerusi Menteri Besar Selangor.

“Kami yakin kemasukan Saifuddin ke dalam PKR bukan untuk memecahbelahkan parti, tetapi untuk pengukuhan, kerana kepercayaan beliau terhadap perjuangan parti ini.

“Ini jelas, kepercayaan Saifuddin terhadap Umno sudah tiada.

“Kami berharap cybertrooper Umno berhenti membuang masa rakyat dengan gosip murahan ini dan melihat kepada keadaan yang lebih serius, terutamanya ekonomi negara,” katanya.

Artikel Lain