suria

Bajet 2016: Telco Sambut Baik Keputusan Mengenai Rebat

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi (Telco) hari ini menyambut baik keputusan kerajaan menawarkan rebat bagi amaun yang dibayar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi perkhidmatan telefon mudah alih prabayar berkuat kuasa 1 Januari hingga 31 Disember 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, syarikat menyokong keputusan kerajaan berhubung layanan GST ke atas kad prabayar mudah alih.

Beliau berkata, syarikat mendukung kepada keutamaan kerajaan untuk memelihara kebajikan pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Bhd Morten Lundal pula berkata syarikat akan berbincang mengenai mekanisme pelaksanaannya dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Digi, Albern Murty berkata pihaknya akan bekerjasama rapat dengan kementerian mengenai pelaksanaan pengumuman tersebut.

Pengarah Eksekutif Kanan GST Grant Thornton Malaysia, Lorraine Parkin berkata, pengguna akan berasa gembira dengan keputusan tersebut.-- Bernama


Telco, Prabayar, Kad Topup

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain