suria

Suri Rumah Bantah Langkah Had Bantuan Persekolah

PETALING JAYA: Suri rumah Anne Marie Cheong, 29, membantah tindakan kerajaan menghadkan bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada pelajar daripada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Katanya langkah itu dibuat tanpa mengambil kira bilangan bilangan ahli yang tinggal dalam sesebuah keluarga.

Jelasnya walaupun ada yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,000, ketua keluarga masih berhadapan masalah untuk menyara keluarganya.

"Sukar untuk keluarga itu meneruskan kehidupan jika mereka mempunyai enam atau tujuh anak," katanya.

Ibu kepada tiga anak itu menjelaskan bahawa sebelum ini bantaun persekolahan itu diberikan kepada semua tanpa meletakkan sebarang had sekatan.

"Walaupun keluarga yang berpendapatan RM3,000 atau lebih akan menerima kesan terhadap sekatan ini," kata Cheong yang juga seorang mualaf.

Katanya, dia menggunakan RM100 pada masa lalu untuk membeli pakaian seragam sekolah dan alat tulis untuk anak-anaknya.

Menerusi Bajet 2016, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100 bagi setiap murid pada setiap awal atau hujung tahun, hanya akan diberi kepada mereka yang penjaganya berpendapatan bawah RM3,000 sebulan mulai sesi 2016.

Artikel Lain