suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doktor: Mansuh Semua GST Perkhidmatan Kesihatan

PETALING JAYA: Kumpulan doktor dan pesakit mengalu-alukan pengecualian cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap lebih banyak ubat-ubatan walaupun mereka lebih berharap jika cukai tersebut dimansuhkan bagi semua perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Sehubungan itu Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) melahirkan rasa tidak puas hati terhadap bayaran tambahan yang akan dikenakan untuk warga asing.

Bagaimanapun Presidennya, Dr Ashok Zachariah Philip menyambut baik cadangan pembinaan lebih banyak hospital dan klinik untuk menampung keperluan rakyat.

Namun beliau tidak bersetuju dengan dengan pembinaan Klinik 1Malaysia kerana kapasiti perkhidmatannya adalah terhad.

Sementara itu Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Paul Selvaraj berkata, kerajaan juga perlu melihat mengenai keperluan untuk menambah kakitangan perubatan.

"Di hospital sedia ada pun jumlah kakitangan perubatan tidak mencukupi hingga menyebabkan pesakit menunggu terlalu lama sebelum diberikan rawatan," katanya.

Tambah beliau, kerajaan perlu mengawal selia caj kesihatan di pusat rawatan swasta yang dilihat agak keterlaluan.

Jelasnya jika situasi itu tidak dikawal, orang ramai akan beralih untuk mendapatkan rawatan di sektor awam dan ia pastinya menambah tekanan kepada sektor berkenaan.

GST

Artikel Sebelum

Artikel Lain