suria

Bina 257,252 Unit Rumah, Bantu Golongan Rendah, Sederhana Rendah Miliki Rumah

KUALA LUMPUR: Usaha kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah terus dirancakkan tahun ini, dengan rancangan membina 257,252 unit rumah di seluruh negara.

Menurut Laporan Ekonomi 2014/2015, inisiatif berkenaan adalah:-

*Program Perumahan Rakyat 1Malaysia di bawah Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

- 210,000 unit dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000

- Keutamaan bagi isi rumah berpendapatan RM10,000

*Program Perumahan Rakyat 

- 15,996 unit

- Keutamaan bagi kumpulan berpendapatan rendah dan penempatan semula setinggan.

* Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia 

- 2,183 unit

- Keutamaan bagi membantu nelayan, petani dan keluarga yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang.

* Rumah Idaman Rakyat 

- 6,296 unit dengan 60 peratus daripadanya berharga di bawah RM250,000 dan 40 peratus lagi antara RM250,000 ke RM350,000.

- Keutamaan bagi golongan berpendapatan sederhana dan pembeli kali pertama

* Rumah Aspirasi Rakyat 

- 11,872 unit

- Keutamaan bagi golongan belia untuk memiliki rumah pertama terutama mereka baharu bekerja. 

* Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia 

- 10,905 unit

- Keutamaan penjawat awam.

Sementara itu, bagi membendung kenaikan harga rumah beberapa beberapa inisiatif telah dilaksanakan iaitu:-

* Menetapkan nisbah maksimum bagi pinjaman kepada nilai aset yang dibeli pada 70 peratus ke atas harta ketiga.

* Menetapkan tempoh maksimum pinjaman kepada 35 tahun daripada 45 tahun sebelum ini.

* Meningkatkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) daripada 15 peratus kepada 30 peratus bagi pelupusan hartanah dalam tempoh pegangan sehingga tiga tahun.

* Meningkatkan harga minimum hartanah daripada RM500,000 kepada RM1 juta bagi pembelian asing.

* Memansuhkan Skim Faedah Pemaju (DIBS) -- Bernama

rumah, PR1MA, Laporan Ekonomi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain