suria

PM Mula Bentang Bajet 2016

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mula membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat kira-kira pukul 4.05 petang Jumaat.

Terdahulu, Najib yang juga Menteri Kewangan tiba di bangunan Parlimen disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri kabinet kira-kira pukul 3.45 petang.

Beliau yang berpakaian baju Melayu ungu sambil membimbit beg berwarna hitam, kelihatan tenang dan ceria ketika berjalan masuk ke Dewan Rakyat.

Isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di bangunan Parlimen untuk sama-sama mengikuti perbentangan Bajet 2016 kira-kira 10 minit kemudian.

Pembentangan Bajet 2016 hari ini dijangka memberi impak positif kepada ekonomi negara selain membawa impak yang baik kepada masyarakat.

Pemerhati turut berpendapat Najib turut akan memberi perhatian kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah atau B40 bagi meningkatkan taraf hidup mereka.


PM, Bajet 2016, Parlimen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain