suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bonda Pesan Dekatkan Diri Dengan Allah SWT - Anak Ummu Jah

Ummu Jah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Putat Batu 20, Jalan Kodiang pada Jumaat. - fotoBERNAMA

JITRA: Balu pengasas Al-Arqam, Allahyarhamah Hatijah Aam yang meninggal dunia semalam sentiasa memesan anak-anaknya supaya memastikan hati mereka sentiasa dekat dengan Allah SWT.

Anak kedua beliau, Muhammad Humam Ashaari, 22, berkata ibunya turut menasihati mereka agar sentiasa mengingati kebesaran Allah SWT.

"Sentiasa kuat lalui ujian yang Tuhan datangkan kerana Tuhan hendak memberitahu Dia berkuasa ke atas hamba-hambanya," katanya kepada pemberita di Tanah Perkuburan Islam Kampung Putat pada Jumaat.

Allahyarhamah, 62, meninggal dunia pada pukul 7.45 malam Khamis di Kedah Medical Centre, Alor Setar akibat sakit jantung.

Allahyarhamah yang juga Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan Holding (GISB) Sdn Bhd dan Yang Di-Pertua Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) meninggalkan enam anak lelaki dan dua anak perempuan berusia 32 hingga 20 tahun.

Pengerusi Eksekutif GISB Sdn Bhd yang baru Datuk Rasidi Abdullah berkata, Allahyarhamah sentiasa menasihatinya agar menjadikan Allah SWT sebagai buruan serta perlu mewujudkan rasa takut pada-Nya serta rindu pada Nabi SAW.

Beliau menggantikan Allahyarhamah yang menyandang jawatan itu sebelum ini.

"Saya mewakili GISB Holding mengucapkan terima kasih atas sokongan, kerjasama daripada semua yang sudi datang bersama semasa pengebumian jenazah pada Jumaat," kata Rasidi. - BERNAMA


Ummu Jah, Al-Arqam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Terkini: Bajet 2016

Artikel Lain